20 December, 2012

Takwim Darul Ulum 2013


Al Fadhil Syeikh Toha menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah

Alhamdulillah pada 11 Disember 2012 Al-Fadhil Syeikh Toha Karan As-Syafie Al-Afriqi telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah.





Syeikh Toha berada di dalam rihlah beliau untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil Syeikh bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Australia yang di asaskan oleh anak murid beliau.Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak murid beliau di Malaysia selama 5 hari.

Selama beberapa hari beliau telah menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di Selangor.

Pada hari terakhir beliau telah datang ke Melaka untuk menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Syeikh Toha.




Sesampainya Syeikh Toha beliau di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.



Kemudian Al Fadhil Syeikh telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.



Setelah makan tengahari hari beliau telah di bawa ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.

InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Syeikh semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.

15 December, 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lel
aki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Di nasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA ..

14 December, 2012

Kisah Benar : Perompak menjadi Wali Allah




Lokasi kegemarannya ialah antara Abyurd dan Sarkhas.  Dia melaksanakan tugasannya merompak harta orang ramai yang melintasi jalan itu.  Di sebalik kerjayanya sebagai perompak, si lelaki menyintai seorang gadis.
Pada suatu hari, si perompak ini memanjat dinding rumah si gadis untuk menemuinya.  Tiba-tiba dia terdengar suara membaca ayat al-Quran yang berbunyi,


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.”
Al-Hadid : 16


Tatkala mendengarnya beliau berkata, “Benar ya Rabb, inilah saatnya.” Lalu dia kembali dan mencari tempat untuk menginap di celah runtuhan bangunan.  Semasa berada di sana, dia mendapati serombongan orang melewati jalan itu. Sebahagian dari mereka berkata, “Mari terus berjalan.” Sebahagian yang lain pula berkata, “Tunggulah hingga pagi kerana Fudhail berada di sekitar sini dan dia akan merompak kita.”
Si perompak itu berkata, “Maka aku pun berfikir dan berkata, ‘Aku menghabiskan malam dengan berbuat maksiat sehingga ada sekelompok kaum muslimin di sini takut kepadaku.  Aku berfikir bahawa tidaklah Allah membawaku ke sini kecuali untuk mengambil pelajaran (agar menghentikan perbuatan tersebut). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu. Dan menjadikan taubatku dengan berdiam (tinggal) di Baitul Haram (Makkah).”
Si Perompak yang bertaubat itu akhirnya menjadi ulama salafus soleh terkemuka di zamannya.  Dialah Imam Fudhail bin ‘Iyadh.

Ya Rabb… Irhamna waghfirlana.

Jumaat Mubarak


Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat se
perti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


12 December, 2012

Nasihat Ibnu Qayyim


~Dalam hati manusia ada kekusutan & tak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH... ~

~Dalam hati manusia ada keganasan & tak akan hilang kecuali berjinak dengan ALLAH...~ 

~Dalam hati manusia ada kesedihan & tak akan hilang kecuali mengenali ALLAH..~

~Dalam hati manusia ada kegelisahan & tak akan tenang kecuali berlindung,bertemu& berjumpa denganNYA...~

05 December, 2012

Indahnya menutup aurat! ^^


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)

04 December, 2012

DUAI + peserta Kem Smart Huffaz ber" CAMPING" di Pantai Pengkalan Balak , Melaka

Pada 4 Hb Disember , seramai lebih 80 orang pelajar termasuk 50 peserta Kem Smart Huffaz Fasa 1 bersama 8 orang ustaz bertolak ke Pantai Pengkalan Balak , Melaka sebagai salah satu program wajib Madrasah Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah setiap bulan . 

Pelbagai program diadakan sepanjang berada di Pantai Pengkalan Balak ini . Camping kami berakhir pada 5 Dis 2012 pada jam 2 petang dan terus pulang ke Madrasah Darul Ulum Al-Islamiyyah bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu .

 Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama penuh sepanjang kami berada di sana .






02 December, 2012

Petua Imam Syafie


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

kalaulah dosa itu di zahirkan ...


"kalaulah dosa itu dizahirkan Allah menerusi jerawat yang tumbuh diwajah.. satu dosa, satu jerawat.. pasti kita akan bersungguh-sungguh meninggalkan dosa bukan.. dan membeli bermacam2 produk kecantikan agar wajah kelihatan cantik berseri..?


tapi Allah jadikan dosa dan pahala itu suatu yang tidak nampak... tapi sedar tak bahawa ianya dapat dirasai oleh kita... iaitu iman yang duduk nun dalam lubuk hati kita tu..."

"Malulah kita sebab Allah terlalu kasih dan sayangkan kita.. sedangkan kita tidak membalas kasih sayang itu sewajarnya.."


Kata - kata hikmat Salahuddin Al - Ayyubi


Kitab yang payah nak di khatamkan ??


Majalah UJANG, habis dibaca,
Majalah MANGGA,habis dibaca,
Majalah KLIK,habis dibaca,
Majalah itu majalah ini semuanya senang di KHATAMkan,
Tapi satu KITAB ramai yang payah nak diKHATAMKAN iaitu AL-QURAN. 

---> Janganlah MALU untuk bertaubat kerana SELALU berbuat DOSA,

tapi MALUlah untuk berbuat DOSA kerana BANYAK kali sudah BRTAUBAT... 

ALLAHURABBI...

(^^ ,)

Asy-Syahid


Subhanallah,

Asy-Syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.

Beliau syahid 16 tahun yang lalu. 
Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.

Subhanallah  ! Allahuakbar !

Sumber gambar:
Suwar Min Ghazza