14 March, 2014

Van Darul Ulum


Alhamdulillah bersempena hari Jumaat yang penuh barakah ini Darul Ulum telah mendapatkan sebuah van Toyota Hiace untuk kegunaan Darul Ulum. 

Van ini telah dibeli pihak pentadbiran dan bayaran dibuat secara ansuran selama 9 tahun. Tidak lupa juga, JazakAllahu khair diucapkan kepada orang perseorangan yang telah menyumbang untuk bayaran muka van ini.


InsyaAllah dengan adanya van ini maka dapat mempermudahkan segala urusan membawa para pelajar yang memerlukan rawatan di klinik/ hospital serta aktiviti luar madrasah. Setakat ini van ini akan beroperasi untuk lebih 200 pelajar di 3 cawangan (Balai Panjang, Tengkera, n Bukit Katil) kami.



Kami pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah amat berbesar hati jika ada hamba-hamba Allah yang berminat untuk mendapatkan saham akhirat dengan membantu dalam urusan pembayaran bulanan van ini. 

Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun kami di: 
Maybank Islamic : Darul Ulum Al-Islamiyyah : 5699 6300 6194

13 March, 2014

Cara Sunnah Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم Memakai Selipar


Segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan kita umat kepada Insan Agung Muhammad صلى الله عليه وسلم  Ya Rasulallah, benarlah kehebatan akhlakmu serta jasa mendidik kami, hatta cara memakai selipar pun kau ajarkan kepada kami.

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.




Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. mengajar kita adab-adab ketika memakai selipar :

  1. Mulakan dengan kaki kanan, baru kaki kiri---> ketika menyarungkannya.
  2. Mulakan dengan kaki kiri, baru kaki kanan---> ketika menanggalkannya.
  3. Di larang berjalan dengan sebelah selipar sahaja.
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: “Apabila seseorang mahu memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan dan apabila mahu menanggalkan kasut lakukanlah dengan kaki kiri . Jadi ketika kaki kanan didahulukan sedangkan apabila menanggalkannya didahulukan kaki kiri.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa: “Capal Rasulullah s.a.w mempunyai dua tali kulit. Beginilah ju ga capal yang di pakai oleh Saiyidina Abu Bakar dan Umar r.a . Capal yang bertali satu telah dimulakan oleh Saiyidina Usman r.a.”


Jom kita amal  ツ

♥ Jangan lupa share ye :) ♥ 


Ring Of The Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم


He had a silver ring.his stone was Abyssinian. he wore it on his right hand. He had another ring which he used to seal(stamp) his letters to foreign regions with. 

It was engraved with three words that read.Muhammad,the messenger of Allah. He used to remove this ring when he had to relieve himself. 

The amazing part of this ring was that when he stamped with it.it never read backwards,but maintained the true words of "Muhammad RasululLah"

 صلى الله عليه وسلم 

Ya Allah.. jauhkanlah lidah-lidah kami dari mengumpat


12 March, 2014

Aqidah Seorang Beriman..


Meneliti Temubual Buletin Utama TV3 bersama KAPTEN NURODIN ABD MAJID (Former, Fleet Manager B777, MAS) yang juga Kapten yang melakukan 'Test Drive' ketika MAS mula membeli pesawat B777. 

Beliau menafikan semua andaian sama ada insiden MH370 ada kaitan dengan Hijack, Meletup, Terhempas, Berpatah Balik, Kerosakan Enjin dan sebagainya. 

Beliau nyatakan "PESAWAT HILANG (FULL STOP)".

Kata beliau, "Ketika dunia teknologi di tahap tertinggi, Inilah keajaiban Allah SWT mengatasi teknologi. Sebagai orang beriman, kita kena percaya KUASA ALLAH. Beliau sangat yakin, pesawat akan ditemui dengan cara DOA ORANG-ORANG SOLEH, DOA AHLI KELUARGA dan USAHA DENGAN UPAYA MANUSIA". 

SUBHANALLAH, saya amat kagum dengan Kapten Nurodin. Setelah semua ilmu sains digunakan akhirnya kembali menjadi HAMBA mengakui KEBESARANNYA. Harapnya, rakan media boleh jemput beliau lagi untuk ulasan isu MH370.


Uwais Al-Qarni


Dia hanyalah seorang penggembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh. Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka berdua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara.

Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah. Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih setiapkali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan Rasulullah. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu.

Kecintaannya kepada Rasulullah juga bukan calang-calang. Ketika mendengar Rasulullah tercedera dan gigi baginda patah di dalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan baginda. Kerinduan dan kecintaan kepada nabi menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta restu agar dapat pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata,

“Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai berjumpa dengan baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”

Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya. Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak dapat ditemuinya. Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah. Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya kini?

Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang dengan segera. Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah.

Tidak lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan. Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.

“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni langit,” ujar baginda. Siti Aisyah dan sahabat tertegun.

Nabi berkata lagi “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari? Mengapa Khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat. Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW. Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Saya lah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Dihari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit. 

07 December, 2013

Silibus alimah (pengajian islam) (khas perempuan)


TAHUN SATU الجماعة الأوﱃ         

1
FEQAH
زادالمتعلم
2
SEJARAH NABI
نوراليقين ريڠكاسن
3
TAJWID
تجويد القران اسعد حمام
4
ADAB DAN DOA
ايها الولد
5
BAHASA ARAB
تسهيل اللغة العربيه ١،٢،٣
6
HADITH NABI
زادالطالبين ومتن الأربعين
7
SOROF
صرف مير ميزان
8
NAHU
مفتاح الضمير
     
                                                                       
TAHUN DUA                  الثانية  الجماعة   


MATA PELAJARAN
NAMA KITAB
1
Terjemahan Al-Quran Juz 30 & 29

2
Hadith Nabi
زادالطالبين
3
Nahu
نحو مير
4
Sorof
صرف مير, ميزان, منشعب
5
Bahasa Arab
اللغة العربيه للناشئين
6
Tauhid
رسالة التوحيد
7
Feqah
ايدامن ڤنونتوت / متن سفينة النجا
8
Sejarah Nabi
قصص النبيين
9
Tajwid dan Hadar
10 Juzuk



TAHUN TIGA             الثالثة  الجماعة


MATA PELAJARAN
NAMA KITAB
1
Terjemahan Al-Quran
Jalalain
2
Hadith Nabi
رياض الصالحين
3
Feqah
الفقه المنهجي
4
Aqidah
الجواهر الكلامية
5
Ulumul Hadith
 نخبة الفكر
6
Ulumul Quran
طيبين في علوم القران
7
Sejarah Nabi
قصص النبيين ۲
8
Akhlak
Adab dan hamalatul Quran
9
Tajwid dan Hadar
10  Juzuk


TAHUN EMPAT                   الرابعة  الجماعة

MATA PELAJARAN
NAMA KITAB
1
Feqah
الفقه المنهجي Jilid 2
2
Feqah
الفقه المنهجي Jilid 3
2
Hadith
Muwatta’ Imam Malik
3
Hadith
Bulugul Maram
4
Usul Tafsir
عطية الرحمن
5
Usul Fiqh
الورقات
6
Sirah
فقه السىره
7
Aqidah
نحجة الطالبىن
8
Jalalain
10 Juzuk Akhir
9
Akhlak
منهاج العابدين