19 August, 2012
Kisah Syibli Pembesar Sufi
♥ Kisah menarik tentang salawat...
>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakar ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakar memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.
★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakar menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;
قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.
- Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.
Jom kita amal
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
18 August, 2012
KELEBIHAN SURAH YASIN
Rahsia Kelebihan Ayat 1 – 9 :
Untuk keselamatan diri
Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tidak nampak kita terutama orang kafir.
Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Rahsia Kelebihan Ayat 13 – 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Rahsia Kelebihan Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.
Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan – supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).
Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam.
Rahsia Kelebihan Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.
Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia Kelebihan Ayat 45 – 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Rahsia Kelebihan Ayat 78 – 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah, berikan ayat ini.
Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Kita mampu berusaha, hanya Allah yang Maha Berkuasa.

Tips menghafal "muka surat " Al-Quran
Satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran......
Iktikaf di Masjid Nabawi Madinah Al-Munawwarah
Beginilah suasana iktikaf di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah pada waktu pagi...Jemaah2 semuanya rehat kerana kepenatan Qiamullail pada malam hari. Mereka datang dari seluruh dunia merebut pahala sepuluh terakhir Ramadhan di dua Tanah Haram (Makkah & Madinah)
08 August, 2012
Petua-petua puasa
“Betapa
banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut
kecuali rasa lapar dan dahaga.”
(Riwayat Tabrani.)
Ibadah
puasa bertujuan membentuk manusia beriman agar bertaqwa. Itulah pesan yang
terdapat dalam Al Quran, surat Al Baqarah ayat 183 yang menjadi landasan
hukum wajibnya berpuasa bagi umat Islam pada setiap datangnya bulan Ramadhan.
Dalam sebuah hadith Qudsi dijelaskan: “Setiap amal anak Adam bagi
dirinya, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang menanggung
pahalanya.“ (Riwayat Imam Bukhari)
Maka
supaya puasa yang kita lakukan tetap bernilai dan terhindar dari menjadi sia-sia, kita
perlu ketahui antara penyebab-penyebabnya :
1.
Tundukkan pandangan.
Ingatlah
bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun seorang yang berpuasa juga hendaklah menjauhi perbuatan yang haram.
Jabir
bin Abdillah menyampaikan petua yang sangat bagus:
“Seandainya
kamu berpuasa maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut
berpuasa dari dusta dan perkara-perkara haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga.
Bersikap baik dan berbaiklah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari
puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.”
Dengan
menundukkan pandangan, mata akan terjaga dari segala perkara yang tidak halal
dilihat. Segala yang haram itu akan melalaikan hati dari zikrullah.
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
“Pandangan adalah salah
satu dari anak panah beracun di antara anak panah Iblis, semoga Allah melaknatinya.
Barang siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah memberinya
keimanan yang merupakan kemanisan iman di hatinya.” (Riwayat Hakim)
2.
Jaga lisan dari perkataan yang tidak diredhai Allah.
Seperti berkata dusta, ghibah(mengumpat), memaki hamun, bertengkar, banyak bersenda gurau, serta segala perkara yang mengundang kebencian dan permusuhan. Perbanyakkan diam dan lebih utama bila lisan disibukkan dengan zikrullah serta
tilawah Quran.
Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Salam bersabda :
“Sesungguhnya puasa adalah perisai.
Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan
jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah
“sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”
Dalam
riwayat lain Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Puasa bukanlah
hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan
diri dari perkataan lagha (yg melalaikan). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau
berbuat jahat padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
3.
Jaga telinga dari perkataan dan perbualan yang dibenci Allah.
Setiap perkataan yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan
bahwa kedudukan orang yang suka mendengarkan berita bohong sama dengan orang
yang memakan benda haram.
“Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar
berita bohong. Banyak memakan yang haram.” ( Al-Maidah: 42)
“Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak
melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram?” ( Al-Maidah: 63)
Mendiamkan
ghibah juga dilarang. Allah berfirman,
“Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat
demikian tentulah kamu serupa dengan mereka.” (An-Nisa:140)
4.
Tahan setiap anggota tubuh dari berbuat dosa.
Hindari
tangan, kaki, dan semua panca indera lainnya dari hal-hal yang diharamkan,
walaupun telah berbuka. Tidak bermakna sepanjang hari menahan diri dari
makanan yang halal, namun setelah berbuka melakukan hal-hal yang dibenci bahkan
diharamkan.
Golongan seperti inilah yang diberitakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi
wa Sallam :
“Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari
puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Riwayat Nasai dan Ibnu Majah)
5.
Jangan makan berlebih-lebihan ketika berbuka.
Tujuan puasa adalah
menundukkan hawa nafsu untuk memperkuatkan jiwa mencapai taqwa. Bila dari pagi
hingga petang perut dikosongkan, tapi kemudian dipenuhi berbagai makanan lazat waktu berbuka, maka syahwat akan bangkit.
Puasa yang bertujuan untuk melemahkan pelbagai kekuatan yang menjadi sarang
syaitan akan menjadi jadi sia-sia. Karena syahwat akan cergas kembali dan syaitan kembali menghembuskan
rayuannya agar berbuat kejahatan.
6.
Penuhilah hati dengan harapan.
Apakah puasa kita diterima dan termasuk di dalam golongan muqarrabin,
atau ditolak sehingga termasuk orang-orang yang dimurkai?
Riwayat dari Hasan Al Basri :
Suatu hari beliau melewati suatu
kaum yang sedang ketawa. Melihat itu beliau berkata, “Sesungguhnya Allah
menjadikan bulan Ramadhan sebagai waktu perlumbaan melakukan ketaatan bagi
makhluk-Nya. Kemudian ada orang yang berlumba hingga menang dan ada pula yang
tertinggal lalu kecewa. Tetapi yang sangat menghairankan ialah pelumba yang
ketawa di saat orang-orang berlumba meraih kemenangan.”
Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam bersabda :
“Puasa adalah amanah maka hendaklah salah seorang
di antara kamu menjaga amanahnya.”
Semoga
seluruh amalan ibadah kita diterima di sisi Allah Taala dengan
menjauhkan kita dari segala perbuatan yang merosakannya. Amin
07 August, 2012
Majlis Berbuka Puasa 04/08/12
Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsung majlis berbuka puasa anjuran bersama MAPIM,MUBARAK,SAMB di Darul Ulum.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di rakam semasa majlis berlangsung.
Tetamu undangan
Ucapan dari Mudir Darul Ulum
Ucapan dari wakil penganjur MAPIM,MUBARAK &SAMB
Sumbangan duit raya yang di sampaikan oleh Datuk Wira Ahmad Nordin
kepada wakil ketua pelajar
Mesyuarat ringkas sebelum majlis bermula
Selawat Dibai' gabungan bersama madrasah tambak bugis yg
di pimpin oleh Ustaz Harith dan Ustaz Mokhtar
Sumbangan hari raya dari ECPI
Subscribe to:
Posts (Atom)