27 August, 2012
24 August, 2012
Sahabat yang paling ...
Berdasarkan hadis² riwayat Imam Tirmidzi tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum. Mahu tahu lanjut sila buka kitab hadis ツ.
Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr.
Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar.
Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman.
Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali.
Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab.
Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal.
Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit.
Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah.
~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
22 August, 2012
KISAH CINTA LUARBIASA
♥ Kisah cinta luarbiasa, CINTA itu SETIA.
Diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas, katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar untuk menggali parit dan didapatinya kaum Muhajirin & Ansar awal² pagi yang dingin sudah pun bekerja menggali. Mereka tidak memiliki khadam untuk kerja² itu.
* Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat mereka yang sedang menanggung keletihan & kelaparan, Baginda صلى الله عليه وسلم pun berkata: "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunkanlah orang² Ansar & Muhajirin."
* Kemudian Ansar & Muhajirin menjawab kata² Baginda صلى الله عليه وسلم itu: "Kamilah orang yang berjanji setia dengan Muhammad, untuk berjihad sampai bila² selagi kami masih ada."
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
21 August, 2012
20 August, 2012
19 August, 2012
Kisah Syibli Pembesar Sufi
♥ Kisah menarik tentang salawat...
>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakar ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakar memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.
★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakar menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;
قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.
- Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.
Jom kita amal
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Subscribe to:
Posts (Atom)






