12 October, 2012

Kem Smart Huffaz Fasa 1 (24 Nov - 8 Dec )

Bagi yang berminat sila smskan permohonan bersama alamat email ke pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah 012-7729291 / 012-9421933.

1. Borang KEM  mesti diserahkan ke pihak Darul Ulum sebelum atau pada 15 November 2012

2. Peserta perlu mendaftarkan diri pada 24 november 2012 antara 8 am - 11.30 am.

3. Yuran RM200 perlu dibayar sebelum atau semasa pendaftaran.

4. Checklist keperluan peserta :

• Al-Quran / iqra', alat kebersihan diri (tuala mandi, sabun, berus gigi dll),
• 3 helai (jubah putih atau baju melayu),
• sepasang pakaian sukan, + kasut sukan 
• peralatan tidur (bantal, selimut dan alas tidur), 
• makanan & minuman ringan (milo, biskut dll).


5. Peserta Kem Hafazan tidak akan dibenarkan pulang bercuti sepanjang tempoh program. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk berjumpa dengan peserta hanya pada hari minggu.

6. Untuk maklumat lanjut sila call / sms ke 012-7729291 (ustaz), 012-9421933 (ustazah) atau email : darulislamiyyah@yahoo.com

7. Semoga dengan doa, usaha dan tawakal dari pihak ibu bapa akan membantu Darul Ulum dalam mendidik peserta kem ke arah

“PEMBENTUKAN INSAN BERTAQWA ”
'' Al - Quran di Cintai, As- Sunnah di Sayangi ''

12 Makanan Kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم


1. Barli – Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan.

2. Kurma - Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah صلى الله عليه وسلم  sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.

7. Susu - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Makanan yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam

surah Al Mukminun ayat 52:  “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”

 Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru:

 “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? 
(HR. Muslim)

 Jom Kita Amal  

11 October, 2012

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. 

Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan.

 Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya.

 Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan saya dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Saya menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

07 October, 2012

Apabila mata IBU mu sudah TERTUTUP


“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…


SubhanAllah


Luangkan masa dengan sentiasa basahi lidah kita dengan zikrullah. :)

05 October, 2012

World Best Job Subhanallah.....♥


Firman Allah bermaksud:


"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". 

(Surah al-Najm: 39)

Subhanallah.....♥

Cara Sunnah Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم meminum air



Segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan kita umat kepada Insan Agung Muhammad صلى الله عليه وسلم  Ya Rasulallah, benarlah kehebatan akhlakmu serta jasa mendidik kami, hatta cara minum pun kau ajarkan kepada kami.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. mengajar kita adab-adab ketika minum:

1. Minum dengan tangan kanan


2. Sebelum minum lihat kedalam air


3. Minum sambil duduk


4. Minum Beberapa Kali Teguk


Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Hadith diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, Baginda bersabda:


"Jangan kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak mulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai."


5. Ketika Minum Juga, Makruh Hukumnya Jika Kita Menghembuskan Nafas Di Dalam Gelas Atau Bekas Minuman


Kita dianjurkan menghembuskan nafas tiga kali di luar bekas minuman. Dalam hadits daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim, Anas bin Malik meriwayatkan:


"Rasulullah صلى الله عليه وسلم. minum dengan tiga nafas."


6. Baca Doa Sebelum dan Selepas Minum


Sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi:


"Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai."



Terjemahan: "Segala puji bagi Allah yang menjadikannya tawar dan sedap dengan kasih sayang-Nya, dan tidak menjadikannya masin kerana dosa-dosa kami."


7. Menjaga Kebersihan


Agama Islam agama yang memberi penekanan tentang aspek kebersihan. Makanan dan minuman perlu ditutup agar tidak terdedah kepada lalat dan serangga. Islam juga melarang kita membiarkan bekas air, tangki kita menyimpan air dalam keadaan tidak tertutup kerana akan terdedah kepada kotoran.


Jom kita amal  

♥ Jangan lupa share ye :) ♥