Selain usaha yang berterusan dan mindset kejayaan, mereka mempunyai 3 ketahanan dalam diri. Apa maksudnya? Ketahanan mental, fizikal dan jiwa.
07 October, 2013
04 September, 2013
Support Mesir
Pelajar-pelajar Darul Ulum Al-Islamiyyah membuat simbol " R4BIA " tanda menyokong penuh perjuangan rakyat Mesir .
#R4BIA
#ALLAHUAKBAR
#R4BIA
#ALLAHUAKBAR
03 September, 2013
Pondok Darul Ulum
Maahad
Darul Ulum Al Islamiyyah telah membina dua buah pondok berkonsepkan taman alam
semulajadi bernilai hampir RM8500 dan sebahagiannya adalah hasil sumbangan
orang ramai . Pondok ini mempunyai fungsi termasuklah sebagai tempat pelajar2
Tahfiz merehatkan fikiran dan dapat membaca Al-Quran dengan fikiran yg lapang .
02 August, 2013
Al Fadhil Mufti Ismail ( Afrika Selatan ) menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah
Alhamdulillah pada
Isnin 22 Julai 2013 Al-Fadhil Mufti
Ismail dari ( Afrika Selatan ) telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah
Mufti Ismail berada di dalam rihlah beliau
untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil
Mufti bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Thailand .
Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak
murid beliau di Malaysia selama beberapa hari.Selama beberapa hari beliau telah
menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di
Selangor.
Seterusnya beliau telah datang ke Melaka untuk
menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul
Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Mufti Ismail.
Sesampainya Mufti Ismail beliau
di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.Kemudian Al Fadhil Mufti
telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.
Selepas itu beliau telah di bawa
ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak
pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Mufti
semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.
15 July, 2013
12 May, 2013
Kem Smart Huffaz 2013
PENDAFTARAN KINI DIBUKA
# Penyertaan terbuka kepada LELAKI sahaja
FASA 1 : 26 MEI 2013 – 30 MEI 2013 ( TERHAD 30 PESERTA )
FASA 2 : 31 MEI 2013 - 4 JUN 2013 ( TERHAD 30 PESERTA )
( Kem Smart Huffaz ini 5 HARI 4 MALAM )
1 ) Lokasi Kem Smart Huffaz 2013 :
Pelajar Lelaki : Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah, Masjid Balai Panjang , Melaka
2 ) Had Umur :
7 Tahun hingga 14 Tahun
3 ) Yuran : RM200 ( termasuk makan , minum , asrama )
* Tiada yuran tambahan dikenakan .
4 ) Bagi yang berminat sila mesej NAMA dan No. I/C kepada Darul Ulum Al-Islamiyyah melalui nombor 012-7729291 / 014-2100963
PENDAFTARAN SAH setelah selesai membuat urusan pembayaran kepada pihak Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah .
Sebarang bayaran bolehlah dibayar melalui Akaun Maahad Tahfiz Darul Ulum Al - Islamiyyah:
1) No akaun: 5699 - 6300 - 4200 ( Maybank Islamic )
5 ) Keperluan peserta :
• Al-Quran / iqra', alat kebersihan diri (tuala mandi, sabun, berus gigi dll),
• 3 helai (jubah putih atau baju melayu),
• sepasang pakaian sukan, + kasut sukan
• peralatan tidur (bantal, selimut dan alas tidur),
• makanan & minuman ringan (milo, biskut dll).
Untuk lebih detail, boleh rujuk dalam gambar yang dipaparkan.
Rujukan & gambar2 Kejayaan Kem Smart Huffaz 2012 : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.410510835689241.94192.295102920563367&type=3
Blog : http://darulislamiyyah.blogspot.com/
Facebook : www.facebook.com/DarulUlumAlIslamiah?ref=ts
“PEMBENTUKAN INSAN BERIMAN DAN BERTAQWA
11 May, 2013
[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
4) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
5) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
6) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .
27 April, 2013
Maulud Diba'ie di Darul Ulum
Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda:
"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]
Alhamdulillah merupakan program wajib bagi pelajar Darul Ulum Al-Islamiyyah pada setiap Jumaat malam untuk menanamkan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah dengan bacaan Maulud Dibai'e.Kami dambakan cintamu Ya Rasulullah..Amin Ya Rabb..
"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]
Alhamdulillah merupakan program wajib bagi pelajar Darul Ulum Al-Islamiyyah pada setiap Jumaat malam untuk menanamkan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah dengan bacaan Maulud Dibai'e.Kami dambakan cintamu Ya Rasulullah..Amin Ya Rabb..
Subscribe to:
Posts (Atom)








