07 October, 2013

Ibadat Korban & Aqiqah 2013

Assalamualaikum . Bagi sesiapa yang berminat untuk melaksanakan ibadat korban atau aqeqah pada tahun 1434 / 2013 ini bolehlah menyertai program ibadat korban atau aqeqah yang dianjurkan oleh Darul Ulum Al-Islamiyyah

Pakej 1: Ibadat korban dan aqeqah di Darul Ulum Al- Islamiyyah Melaka . 1 bahagian lembu RM360, 1 ekor kambing RM750  (+-25kg).

Daging korban dan aqeqah yang dilaksanakan oleh pihak madrasah akan diagih-agihkan kepada fakir miskin dan pelajar tahfiz al-Quran.

Jika berminat sila hubungi 0129421933 / 012-7729291




Ketahanan mental, fizikal dan jiwa

Selain usaha yang berterusan dan mindset kejayaan, mereka mempunyai 3 ketahanan dalam diri. Apa maksudnya? Ketahanan mentalfizikal dan jiwa.



04 September, 2013

Support Mesir


Pelajar-pelajar Darul Ulum Al-Islamiyyah membuat simbol " R4BIA " tanda menyokong penuh perjuangan rakyat Mesir .

#R4BIA
#ALLAHUAKBAR

03 September, 2013

Pondok Darul Ulum


Maahad Darul Ulum Al Islamiyyah telah membina dua buah pondok berkonsepkan taman alam semulajadi bernilai hampir RM8500 dan sebahagiannya adalah hasil sumbangan orang ramai . Pondok ini mempunyai fungsi termasuklah sebagai tempat pelajar2 Tahfiz merehatkan fikiran dan dapat membaca Al-Quran dengan fikiran yg lapang .

02 August, 2013

Al Fadhil Mufti Ismail ( Afrika Selatan ) menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah

Alhamdulillah pada Isnin 22 Julai  2013 Al-Fadhil Mufti Ismail dari ( Afrika Selatan ) telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah




Mufti Ismail berada di dalam rihlah beliau untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil Mufti bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Thailand .

Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak murid beliau di Malaysia selama beberapa hari.Selama beberapa hari beliau telah menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di Selangor.

Seterusnya beliau telah datang ke Melaka untuk menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Mufti Ismail.


Sesampainya Mufti Ismail beliau di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.Kemudian Al Fadhil Mufti telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.

Selepas itu beliau telah di bawa ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Mufti semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.