12 May, 2013

Kem Smart Huffaz 2013


Kem Smart Huffaz 2013 Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah , Melaka

PENDAFTARAN KINI DIBUKA 

# Penyertaan terbuka kepada LELAKI sahaja

FASA 1 : 26 MEI 2013 – 30 MEI 2013 ( TERHAD 30 PESERTA )
FASA 2 : 31 MEI 2013 - 4 JUN 2013 ( TERHAD 30 PESERTA )

( Kem Smart Huffaz ini 5 HARI 4 MALAM )

1 ) Lokasi Kem Smart Huffaz 2013 :

Pelajar Lelaki : Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah, Masjid Balai Panjang , Melaka

2 ) Had Umur :

7 Tahun hingga 14 Tahun

3 ) Yuran : RM200 ( termasuk makan , minum , asrama )

* Tiada yuran tambahan dikenakan .


4 ) Bagi yang berminat sila mesej NAMA dan No. I/C kepada Darul Ulum Al-Islamiyyah melalui nombor 012-7729291 / 014-2100963 

PENDAFTARAN SAH setelah selesai membuat urusan pembayaran kepada pihak Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah .

Sebarang bayaran bolehlah dibayar melalui Akaun Maahad Tahfiz Darul Ulum Al - Islamiyyah:
1) No akaun: 5699 - 6300 - 4200 ( Maybank Islamic )

5 ) Keperluan peserta :

• Al-Quran / iqra', alat kebersihan diri (tuala mandi, sabun, berus gigi dll),
3 helai (jubah putih atau baju melayu),
sepasang pakaian sukan, + kasut sukan 
peralatan tidur (bantal, selimut dan alas tidur), 
makanan & minuman ringan (milo, biskut dll).

Untuk lebih detail, boleh rujuk dalam gambar yang dipaparkan.

Rujukan & gambar2 Kejayaan Kem Smart Huffaz 2012 : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.410510835689241.94192.295102920563367&type=3

Blog : http://darulislamiyyah.blogspot.com/

Facebook : www.facebook.com/DarulUlumAlIslamiah?ref=ts


“PEMBENTUKAN INSAN BERIMAN DAN BERTAQWA 

11 May, 2013

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...




1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.


3) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

4) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

5) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

6) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .