Syarat – syarat umum permohonan memasuki DUAI
1.
Berumur 10 tahun dan ke
atas
2.
Sihat tubuh badan dan
mental
3.
Mampu membaca Al – Quran
dengan lancar
4.
Mampu membaca / menulis
tulisan rumi ( bahasa melayu ) dengan baik
5.
Sedia patuh dan taat segala
undang – undang dan peraturan madrasah
6.
Tidak disabitkan dengan sebarang
kesalahan jenayah
7.
Tidak terlibat dengan
penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok )
8.
Mempunyai kesungguhan
sendiri dan bukan kerana paksaan
9.
Sedia bersusah payah untuk
menghasilkan ilmu
10.
Lulus temuduga yang
dijalankan oleh pihak madrasah
Pihak DUAI akan mengadakan sesi temuduga beberapa kali dalam
setahun. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat DUAI atau sila rujuk pada
taqwim (kalendar) DUAI untuk mendapatkan tarikh temuduga.
Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:
- salinan kad pengenalan
pemohon
- salinan kad
pengenalan bapa/penjaga
- Sijil berhenti
sekolah / madrasah terdahulu
- 2 keping gambar
terbaru pemohon berukuran pasport
- Sijil – sijil
yang berkaitan
* bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa
salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat
tempoh ketika memohon. Pihak madrasah hanya membantu mendapatkan visa lanjutan
bagi permohonan yang berjaya sahaja.
Pelajar faqir dan miskin yang memenuhi syarat juga di galakkan
memohon.
Pengakuan Ibu/Bapa Penjaga
- Saya memahami
undang-undang dan peraturan Darul Ulum dan bersetuju untuk mematuhinya.
- Saya di atas
kapasiti saya sebagai ibubapa/penjaga/penaja pelajar tersebut di atas
mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran bulanan seperti yang
ditetapkan Darul Ulum.
- Saya membenarkan
penggunaan rotan (tidak keterlaluan) ke atas anak saya dengan tujuan
pengajaran.
- Dengan ini saya
bersetuju bahawasanya :
1.
Ibu bapa pelajar tidak
boleh sama sekali mencampuri urusan pentadbiran Darul Ulum. Sebarang
maklumbalas hendaklah di beri kepada pengetua secara bertulis.
2.
Pihak Darul Ulum akan
memberi yang terbaik sebagai langkah keselamatan pelajar, tetapi TIDAK akan
bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan mental dan fizikal yang menimpa ke
atas pelajar sepanjang berada di dalam atau di luar Darul Ulum.
3.
Permohonan cuti di waktu
kelas akan di tolak sama sekali kecuali kes kematian atau kemalangan.
4.
Permohonan cuti untuk
kenduri kahwin,tahlil,aqiqah,bertunang dan sebagainya yang menggangu waktu
kelas akan di tolak tanpa kompromi.Permintaan untuk balik awal di cuti Darul
Ulum tanpa sebab munasabah akan di tolak.
5.
Ketetapan masa sangat di
titikberatkan. Tindakan disiplin akan di ambil ke atas pelajar yang pulang
lewat ke Darul Ulum.
6.
Sebarang peralatan yang di
jumpai pada pelajar (iaitu barang larangan ) akan di rampas.
Terpulang sepenuhnya kepada pentadbiran Darul Ulum untuk melakukan apa yang
sepatutnya kepada barangan tersebut. Ibu bapa pelajar tiada hak lagi ke atas
barangan tersebut.
7.
Pihak Darul Ulum akan
memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa pelajar jika terdapat sebarang
pembaharuan ke atas barang larangan.
8.
Pihak Darul Ulum mempunyai
hak sepenuhnya untuk menggantung / memberhentikan pelajar yang
di dapati tidak layak secara akademik dan akhlak daripada menyambung
pelajarannya di Darul Ulum.
YURAN PENDAFTARAN
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 350. Pembayaran
harus di buat setelah pelajar di terima masuk ke Darul Ulum.
YURAN BULANAN
Yuran bulanan adalah sebanyak RM 250. Pembayaran
harus di buat selewat-lewatnya sebelum 10hb setiap bulan atau
terus ke akaun Darul Ulum dan serahkan / email kan slip pembayarannya.
Darul Ulum Al-Islamiyyah (Maybank Islamic
) : 5699-6300-6194
assalamualaikum. saya nak tanya bagaimana hendak mendaftar ke darul 'ulum ini?
ReplyDeleteAkak nak masuk ke? Ke adik akak yang berminat?
Deletewaalaikumussalam.untuk pendaftaran sila call ustaz 012-7729291
ReplyDeleteasl x angkat mak sye call???
DeleteSalam. Saya baru bawa anak saya temuduga dengan Ustaz pagi tadi. Alhamdulillah dan Inn Sya Allah , anak saya akan memulakan pengajian pada 29/12 depan. Call no Ustaz di atas untuk maklumat lanjut.
ReplyDeleteYes , akhirnye .. dpt jugak masok tahpiz :D ... Alhamdulillah ,
ReplyDeleteassalamualikum utz, saya berminat utk hantar anak saya umur 12 tahun ke tahfiz kemasukan 29/12/2013 dan juga kerana atas minat anak saya sendiri juga. pertanyaan saya, bila temuduga akan di adakan lagi? temuduga ada surah tertentu utk dihafal ke? atau berdasarkan apa termuduga kemasukan? tq
ReplyDeleteada akademik di situ?
ReplyDeletetarbiah seperti jemaah tabligh ada tak.
ReplyDeleteMaashaaAllah.. ingin sgt saya masuki darul ulum di sana... tapi usia saya lebihi 25...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kemasukan utk 2014 terbuka lagi tak bagi pelajar perempuan?
ReplyDeletekakak saya berumur 21 tahun.dan menuntut di kuim dalam semester 3..tetapi kakak saya ingin sekali mendalami ilmu agama.sudah lama dia mencari tempat seperti darul ulum.tetapi kakak saya tidak lancar membaca al-quran dan berbahasa arab.dia sangat malu dengan kelemahan dirinya..adakah kakak saya masih berpeluang menuntut ilmu di darul ulum??
ReplyDeleteassalam...utk pelajar perempuan pengambilan dari umur 10 tahun juga ke...
ReplyDeleteas salam, adakah maahad ini menerima pelajar muslimah? :) terima kasih
ReplyDeleteSalam,nk tny skit...bile lg akn dbuat temuduge ye???
ReplyDeleteassalamualaikum .. adik sy berumur 9 tahun .. boleh masuk ke ?
ReplyDeleteAssalamualaikum..anak sy berusia 13 tahun .perempuan..anak sya sangat berminat nak masuk sekolah agama..hinggakan pemakaian nya juga sudah berubah.Alhamdullillah..sya nak tya ada akademik juga ke..bila akan di adakan temuduga lagi..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. anak saya perempuan berusia 11 tahun.. nk tnye bila akan diadakan sesi temuduga
ReplyDelete