31 August, 2012

♥ 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN ♥

Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما



Abu Hurairah ra reports that the Holy Prophet Muhammad  صلى الله عليه وسلم  said:

"Whoever recites the following Salawat eighty times immediately after Asr Solat on Friday, before standing up from his place - Allah will forgive eighty years of sins, and grant him the reward equivalent to eighty years of worship -

"Allahumma Solli 'Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Wa 'ala Aalihi WasallimTasleema." (Jami' As-Sagheer)

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما

Translation:"O Allah bless Muhammad, the unlettered Prophet, and his family and grant them bestof peace."

So, jom salawat.

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما

Seolah-olah matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم



>>> Sayyiduna Abu Hurairah ra berkata: "Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seolah² matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seolah² bumi ini dilipat untuknya. Kami selalu berusaha sedaya upaya (melakukan hal yang sama), namun Baginda صلى الله عليه وسلم tidak perlu bersusah payah untuk itu."
~ Riwayat Imam Tirmidzi rahimahullah.

♥ Hari Jumaat, Baginda صلى الله عليه وسلم akan menjawab salam anda secara langsung. So, jom salawat

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

30 August, 2012

Kasih Hingga Ke Syurga


MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN.
Sekilas GAMBAR ini menceritakan yang mereka tetap bahagia walaupun hidup SUSAH,,, 

#IKHTIBARnya di sini hanya satu "Kasih sayang itu datan
g dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah" :)

Al-Fatihah


1. بِسمِ الله الرَّحمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

2. الحَمدُ لله رَبِّ العَلَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.

3. الرَّحمَن الرَحِيمِ
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

4. مَلِكِ يَومِ الدِّينِ
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).

5. إيَّكَ نَعبُد و إِيَّاكَ نَستَعِينَ
 Hanya kepada Engkaulah(Ya Allah) kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. اِهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. صِرَطَ الذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِم وَ لَا الضَّالِينَ
 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai(orang-orang yang mengetahui kebenaran & meninggalkannya)i, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan & kejahilan).


29 August, 2012

Ya Allah ...


Allah's Punishment In Burma !


Allah's Punishment In Burma !
Some 100.000 People Have Been Evacuted From Their Homes After Multiple Flows Have Been Plauged Burma !
Punishment Of Allah Is Even More Painful ! They Massacerd Thousand Of Muslims Recently !

Flooding in Myanmar forces thousands to flee

VIA: CNN News linkhttp://edition.cnn.com/2012/08/27/world/asia/myanmar-floods/index.html

Di Manakah Sifat Kemanusiaan?


Gambar kiri : Seekor anjing hitam putih melihat seekor lagi anjing berwarna perang yang terbaring di tepi jalan kerana dilanggar kereta. Lalu anjing hitam putih itu mengalihkan anjing perang ke tepi jalan bagi mengelakkan anjing itu dilanggar lagi.

Gambar kanan : Seorang budak kecil melintas jalan lalu dia dilanggar kereta. Orang yang lalu lalang langsung tidak mengendahkan budak kecil itu terbaring kesakitan di tepi jalan kerana takut dipertanggungjawabkan sehingga datang sebuah lori lagi melanggar budak itu sehingga tersembur darah di atas jalan. Lama selepas itu, seorang mak cik mengheret mayat budak kecil itu ke tepi jalan.(Keadaan ni berlaku di negara China)

Ulasan : Sifat kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia semakin hilang dari jati diri manusia . Sedangkan haiwan itu lebih prihatin sesama mereka lebih dari manusia. sama-sama ambil iktibar.

27 August, 2012

Nasihat Ustaz Azhar Idrus


♥ Kisah Hakim Yang Baik Hati ♥



::Kisah Seorang Hakim yang Baik Hati::

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
 

♥ 60 Petua Mencari Jodoh ♥



1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.

♥ Jodoh Itu Rahsia Allah ♥


24 August, 2012

Sahabat yang paling ...



 Berdasarkan hadis² riwayat Imam Tirmidzi tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum. Mahu tahu lanjut sila buka kitab hadis ツ.

Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr.

Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar.

Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman.

Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali.

Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab.

Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal.

Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit.

Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah.

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat.

اللهم صل على سيدنا محمد  وعلى آله وصحبه وسلم

22 August, 2012

♥ Kami Rindu Padamu Ya Rasulullah ♥

video

KISAH CINTA LUARBIASA



♥ Kisah cinta luarbiasa, CINTA itu SETIA.

Diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas, katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar untuk menggali parit dan didapatinya kaum Muhajirin & Ansar awal² pagi yang dingin sudah pun bekerja menggali. Mereka tidak memiliki khadam untuk kerja² itu.

* Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat mereka yang sedang menanggung keletihan & kelaparan, Baginda صلى الله عليه وسلم pun berkata: "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunkanlah orang² Ansar & Muhajirin."

* Kemudian Ansar & Muhajirin menjawab kata² Baginda صلى الله عليه وسلم itu: "Kamilah orang yang berjanji setia dengan Muhammad, untuk berjihad sampai bila² selagi kami masih ada."

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

19 August, 2012

Kisah Syibli Pembesar Sufi



♥ Kisah menarik tentang salawat...

>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakar ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakar memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.

★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakar menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;

قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.

- Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.

Jom kita amal

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

18 August, 2012

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin



Moga Aidilfitiri pada tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita semua..amiiin..

KELEBIHAN SURAH YASIN



Rahsia Kelebihan Ayat 1 – 9 :
Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tidak nampak kita terutama orang kafir.

Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13 – 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan – supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam.

Rahsia Kelebihan Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia Kelebihan Ayat 45 – 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 – 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah, berikan ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Kita mampu berusaha, hanya Allah yang Maha Berkuasa.

Tips menghafal "muka surat " Al-Quran


Satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran......

Iktikaf di Masjid Nabawi Madinah Al-Munawwarah

Beginilah suasana iktikaf di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah pada waktu pagi...Jemaah2 semuanya rehat kerana kepenatan Qiamullail pada malam hari. Mereka datang dari seluruh dunia merebut pahala sepuluh terakhir Ramadhan di dua Tanah Haram (Makkah & Madinah)



Suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah


08 August, 2012

Petua-petua puasa


“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 
(Riwayat Tabrani.)

Ibadah puasa bertujuan membentuk manusia beriman agar bertaqwa. Itulah pesan yang terdapat dalam Al Quran, surat Al Baqarah ayat 183 yang menjadi landasan hukum wajibnya berpuasa bagi umat Islam pada setiap datangnya bulan Ramadhan.

Dalam sebuah hadith Qudsi dijelaskan: “Setiap amal anak Adam bagi dirinya, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang menanggung pahalanya.“  (Riwayat Imam Bukhari)

Maka supaya puasa yang kita lakukan tetap bernilai dan terhindar dari menjadi sia-sia, kita perlu ketahui antara penyebab-penyebabnya :

1. Tundukkan pandangan. 

Ingatlah bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun seorang yang berpuasa juga hendaklah menjauhi perbuatan yang haram.

Jabir bin Abdillah menyampaikan petua yang sangat bagus:

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan perkara-perkara haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap baik dan berbaiklah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.”

Dengan menundukkan pandangan, mata akan terjaga dari segala perkara yang tidak halal dilihat. Segala yang haram itu akan melalaikan hati dari zikrullah.

 Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

 “Pandangan adalah salah satu dari anak panah beracun di antara anak panah Iblis, semoga Allah melaknatinya. Barang siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah memberinya keimanan yang merupakan kemanisan iman di hatinya.” (Riwayat Hakim)

2. Jaga lisan dari perkataan yang tidak diredhai Allah.

Seperti berkata dusta, ghibah(mengumpat), memaki hamun, bertengkar, banyak bersenda gurau, serta segala perkara yang mengundang kebencian dan permusuhan. Perbanyakkan diam dan lebih utama bila lisan disibukkan dengan zikrullah serta tilawah Quran.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam bersabda :

 “Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Dalam riwayat lain Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

 “Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagha (yg melalaikan). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat jahat padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” (Riwayat  Ibnu Majah dan Hakim)

3. Jaga telinga dari perkataan dan perbualan yang dibenci Allah. 

Setiap perkataan yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahwa kedudukan orang yang suka mendengarkan berita bohong sama dengan orang yang memakan benda haram.

 “Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong. Banyak memakan yang haram.” ( Al-Maidah: 42)

 “Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram?” ( Al-Maidah: 63)

Mendiamkan ghibah juga dilarang. Allah berfirman,
 “Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian tentulah kamu serupa dengan mereka.” (An-Nisa:140)

4. Tahan setiap anggota tubuh dari berbuat dosa. 

Hindari tangan, kaki, dan semua panca indera lainnya dari hal-hal yang diharamkan, walaupun telah berbuka. Tidak bermakna sepanjang hari menahan diri dari makanan yang halal, namun setelah berbuka melakukan hal-hal yang dibenci bahkan diharamkan. 

Golongan seperti inilah yang diberitakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam :

“Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Riwayat Nasai dan Ibnu Majah)

5. Jangan makan berlebih-lebihan ketika berbuka. 

Tujuan puasa adalah menundukkan hawa nafsu untuk memperkuatkan jiwa mencapai taqwa. Bila dari pagi hingga petang perut dikosongkan, tapi kemudian dipenuhi berbagai makanan lazat waktu berbuka, maka syahwat akan bangkit.

 Puasa yang bertujuan untuk melemahkan pelbagai kekuatan yang menjadi sarang syaitan akan menjadi jadi sia-sia. Karena syahwat akan cergas kembali dan syaitan kembali menghembuskan rayuannya agar berbuat kejahatan.

6. Penuhilah hati dengan harapan.

Apakah puasa kita diterima dan termasuk di dalam golongan muqarrabin, atau ditolak sehingga termasuk orang-orang yang dimurkai?

Riwayat dari Hasan Al Basri :

Suatu hari beliau melewati suatu kaum yang sedang ketawa. Melihat itu beliau berkata, “Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai waktu perlumbaan melakukan ketaatan bagi makhluk-Nya. Kemudian ada orang yang berlumba hingga menang dan ada pula yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi yang sangat menghairankan ialah pelumba yang ketawa di saat orang-orang berlumba meraih kemenangan.”

 Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam bersabda :

 “Puasa adalah amanah maka hendaklah salah seorang di antara kamu menjaga amanahnya.” 

Semoga seluruh amalan ibadah kita diterima di sisi Allah Taala dengan menjauhkan kita dari segala perbuatan yang merosakannya. Amin