Kurikulum

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TAHFIZ AL-QURAN.


  1.  Matlamat kursus Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu menghafal keseluruhan Al-Quran dan mampu untuk mengingati isi kandungannya.

  1. Proses penghafalan keseluruhan Al-Quran biasanya mengambil masa selama tiga atau empat tahun (bergantung kepada keupayaan pelajar).

  1. Proses penghafalan ini terbahagi kepada tiga bahagian :     

i.                    Hafalan Baru  (  SABAQ  )

Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru di hafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Waktu penghafalan adalah selepas solat Maghrib sehinggalah pukul 9.30 malam. Guru akan menyemak hafalan baru ini pada keesokan hari selepas Subuh – 7 pagi.    

ii.                  Juzu’ Baru   (  SABQI  )

Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan. Untuk memantapkan hafalan-hafalan yang baru, setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu’ yang baru di hafal sehingga lebih kurang 2 minggu.
Proses ini mengambil masa dua jam setiap hari. (8.30am-10.30am)    
   
iii.                Juzu’ Lama   (  MANZIL  )

Bagi mengekalkan hafalan yang lama, setiap hari pelajar akan mengulangi juzu’-juzu’ yang telah mereka hafalkan mengikut turutan Juzu’.
Proses ini mengambil masa 3 jam setengah setiap hari.  

a.       10am-11am  (1 jam)
b.      2.30pm-4.30pm (2  jam)      

iv.                 Matapelajaran tambahan  

Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar yang mengikuti kursus Tahfiz akan mempelajari beberapa matapelajaran asas, iaitu    

  •   Feqah      :   Badi’ul Fiqhiyyah  &  Matan Yaqutun Nafis                        
  •   Hadith     :   Riyadhus Salihin   &  Fadhail A’mal & Muntakhab Hadith  
  •   Akhlaq     :   Bidayatul Hidayah  &  Minhajul Abidin                             
  •   Tajwid     :    Asas Tajwid                                 
  •   Terjemahan:  Miftahul Quran