19 September, 2012

Pengambilan Pelajar Baru Untuk Sesi 2013






Syarat Kemasukan


  • Berumur 10- 15 thn
  • Bersedia mematuhi peraturan yang di tetapkan Darul Ulum
  • Ibu-bapa yang prihatin terhadap perkembangan pendidikan Al-Quran dan akhlak anak-anak  





HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

TAHFIZ AL-QURAN.


  1.  Matlamat kursus Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu menghafal keseluruhan Al-Quran dan mampu untuk mengingati isi kandungannya.

  1. Proses penghafalan keseluruhan Al-Quran biasanya mengambil masa selama tiga atau empat tahun (bergantung kepada keupayaan pelajar).

  1. Proses penghafalan ini terbahagi kepada tiga bahagian :     

i.                    Hafalan Baru

Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru di hafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Waktu penghafalan adalah selepas solat Maghrib sehinggalah pukul 9.30 malam. Guru akan menyemak hafalan baru ini pada keesokan hari selepas Subuh – 7 pagi.    

ii.                  Juzu’ Baru

Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan. Untuk memantapkan hafalan-hafalan yang baru, setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu’ yang baru di hafal sehingga lebih kurang 2 minggu.
Proses ini mengambil masa dua jam setiap hari. (8am-10am)    
   
iii.                Juzu’ Lama   

Bagi mengekalkan hafalan yang lama, setiap hari pelajar akan mengulangi juzu’-juzu’ yang telah mereka hafalkan mengikut turutan Juzu’.
Proses ini mengambil masa 3 jam setengah setiap hari.  

a.       10am-11am  (1 jam)
b.      2pm-4.30pm (2 ½ jam)      

iv.                 Matapelajaran tambahan  

Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar yang mengikuti kursus Tahfiz akan mempelajari beberapa matapelajaran asas, iaitu    

  •   Feqah      :   Badi’ul Fiqhiyyah  &  Matan Yaqutun Nafis                        
  •   Hadith     :   Riyadhus Salihin   &  Fadhail A’mal & Muntakhab Hadith  
  •   Akhlaq     :   Bidayatul Hidayah  &  Minhajul Abidin                             
  •   Tajwid     :    Asas Tajwid                                 
  •   Terjemahan:  Miftahul Quran        





9 comments:

  1. Assalamualaikum..Saya berumur 15 tahun di tahun hadapan..Dan akan menduduki PMR.Saya tidak pernah mendapat pengajian khusus mengenai Al-Quran dan bahasa arab.

    *Adakah saya layak masuk ke Pengajian Tahfiz Al-Quran ini..?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.untuk maklumat lanjut sila call mudirah : 0129421933

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum .

    Saya berumur 19 tahun dan merupakan pelajar IPTA .
    Saya sedang menghadapi final buat masa ini .
    Kemudian saya akan cuti semester selama sebulan lebih ( oktober-november)
    Saya ingin menghabiskan cuti semester saya dengan memasuki Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Darul Ulum Al Islamiyyah pada waktu tersebut .

    *Adakah Darul Ulum Al Islamiyyah dapat menerima masuk saya ?

    **Mohon penjelasan .

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam

    kepada pelajar ipta sila call ustaz 0127729291 (jika lelaki)
    call mudirah 012 9421933 (jika perempuan)
    atau datang terus ke darul ulum

    ReplyDelete
  5. Assalammu'alaikum,
    Saya ingin tahu adakah sistem pembelajaran di DUAI ini khas utk Tahfiz Al-Quran shj atau campur dgn silibus akademik spt sek keb & menengah skrg? terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam

    Hanya tahfiz sahaja.untuk maklumat lanjut sila klik di kurikulum dan soalan dan jawapan.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    saya ingin bertanya..adakah pihak madrasah menerima kemasukan pelajar yang hanya belajar untuk tempoh masa beberapa bulan sahaja??dan bilakah tarikh kemasukan untuk tahun 2013?
    -jazakallah khairan kathir-

    ReplyDelete
  8. saya berumur 17 tahun.. bolehkah saya mendapatkan borang kemasukan ?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    saya ingin bertanya...saya berumur 14 tahun & akan menduduki PMR pada tahun hadapan(2013)..saya amat berminat menghafaz al-quran berbanding mempelajari bidang akademi...bolehkah kalau saya memasuki Pusat Tahfiz Al-Quran ini pada tahun hadapan ?

    jazakallah khairan...

    ReplyDelete