30 September, 2012

Frequently Asked Questions


Lepas jadi Hafiz Al-Quran apa nak buat ?

è Pihak Darul Ulum akan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa ‘Hafiz’ tersebut.Apa cita-cita mereka terhadap anak mereka ?

PERTAMA :      Bidang Profesional 

--> Nak anak jadi professional umpamanya doctor,engineer,akauntan,arkitek etc ( tetapi dalam masa yang sama telah hafal 30 juzuk Al-Quran) ?

KEDUA      :  Bidang Agama

--> Nak anak jadi ustaz,qari,alim ulama ?


PERTAMA : BIDANG PROFESIONAL

Senario 1 :  

Masuk tahfiz seawal 8thn. setelah 4 tahun berjaya hafal 30juzuk Al-Quran. Pada umur 13thn boleh menyambung semula persekolahan ke tingkatan 1. Tiada masalah jika nak ke sekolah kerajaan.sehinggalah seterusnya SPM – DEGREE – MASTER – PHD

Senario 2  :

Masuk tahfiz umur 13thn.Pada umur 16thn  dah jadi Hafiz Al-Quran. Pada umur 17thn masuk sekolah semula untuk ambil SPM sehinggalah seterusnya  SPM – DEGREE – MASTER – PHD
Terdapat berbagai tempat pengajian yang tawarkan pelajar yang Hafiz Al-Quran khusus untuk ambil SPM  contohnya UNISEL , KUIN etc

Soalan  :      

 1.  Boleh bawa ke ? Dah 4 tahun tak pergi sekolah, hari-hari hafal Quran je ?

Jawapan  : InsyaAllah jika pelajar tersebut mampu hafal 30Juzuk Al –Quran tidak menjadi masalah dan berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar sebelum ini,jika belajar bersungguh-sungguh tiada yang mustahil untuk berjaya SPM dan seterusnya.

2.  Anak saya tak ambil UPSR dan PMR, boleh ke ambil SPM ?

Jawapan  :  Boleh, tiada syarat yang di keluarkan Kementerian Pelajaran jika tidak ada UPSR dan PMR pelajar tersebut tidak boleh ambil SPM.

3. Boleh ke anak saya jaga akhlak (culture shock) bila masuk sekolah biasa kembali ?

Jawapan  :  Selama 4 tahun di pusat tahfiz pelajar telah dididik akhlak mereka secara intensif.insyaAllah tidak menjadi masalah.tetapi masih perlukan pantauan ibu bapa.

4. Bagaimana jika saya nak hantar anak saya ke sekolah tahfiz yang ada akademik ? Apa beza Tahfiz yang ada akademik dengan tahfiz yang fokus sepenuhnya kepada Al-Quran ?

Jawapan : Boleh, tidak menjadi masalah, malah banyak sekolah kerajaan dan swasta yang tawarkan program sebegitu.

Tetapi harus di ingat --  kebiasaannya hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang akan cemerlang akademik di samping dapat menghafal 30 Juzuk Al-Quran  ( sebab tu kebanyakan sekolah tahfiz akademik membuat tapisan pelajar, hanya ambil pelajar cemerlang sahaja contohnya 4A/5A

Pelajar kurang cemerlang ( below par) terpaksa buat pilihan samada cemerlang akademik atau cemerlang Al-Quran.


KEDUA : BIDANG AGAMA

  Senario 1  :

 Masuk tahfiz umur 8thn. Lepas 4thn jadi Hafiz.Umur 13thn masuk sekolah kembali dan ambil aliran agama,          ambil SPM dan STAM ( Sijil Tinggi Agama). Jika cemerlang boleh apply untuk sambung ke Universiti Timur Tengah ( Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait ) etc.

Senario 2 :

Setelah jadi Hafiz berpeluang menyambung pelajaran kitab atau alim. Tempat yang menawarkan pengajian kitab / alim seperti  :  ( Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-pondok pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan.)


è Pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah juga menyediakan peluang biasiswa hanya kepada pelajar yang cemerlang dan terpilih untuk sambung pengajian ke luar negara.  Cth :  ( Mesir, Jordan , Yaman , Afrika Selatan ).

No comments:

Post a Comment