Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.

Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud,
"Daku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Daku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Daku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, jawabku.
"Daku kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar, ujarku lagi.
"Dan apa yang daku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak daku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika daku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu daku pun berkata, "Daku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Daku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu daku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Daku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana menguruskan perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu, daku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah kamu tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat kamu hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Kamulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian daku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya daku pun mengatakan,
"Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan daku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.
"Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan daku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa daku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Daku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Daku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang daku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada kamu!
Daku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya daku berkata,
"Hulurkan tangan tuan,
Bahawa dengan sesungguhnya daku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
asalamualaykum wrwbtH izin copy paste
ReplyDelete