Segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan kita umat kepada Insan Agung Muhammad صلى الله عليه وسلم Ya Rasulallah, benarlah kehebatan akhlakmu serta jasa mendidik kami, hatta cara memakai selipar pun kau ajarkan kepada kami.
Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. mengajar kita adab-adab ketika memakai selipar :
- Mulakan dengan kaki kanan, baru kaki kiri---> ketika menyarungkannya.
- Mulakan dengan kaki kiri, baru kaki kanan---> ketika menanggalkannya.
- Di larang berjalan dengan sebelah selipar sahaja.
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: “Apabila seseorang mahu memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan dan apabila mahu menanggalkan kasut lakukanlah dengan kaki kiri . Jadi ketika kaki kanan didahulukan sedangkan apabila menanggalkannya didahulukan kaki kiri.”
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa: “Capal Rasulullah s.a.w mempunyai dua tali kulit. Beginilah ju ga capal yang di pakai oleh Saiyidina Abu Bakar dan Umar r.a . Capal yang bertali satu telah dimulakan oleh Saiyidina Usman r.a.”
Jom kita amal ツ
♥ Jangan lupa share ye :) ♥
No comments:
Post a Comment