19 August, 2012

Kisah Syibli Pembesar Sufi



♥ Kisah menarik tentang salawat...

>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakar ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakar memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.

★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakar menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;

قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.

- Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.

Jom kita amal

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment