02 August, 2013

Al Fadhil Mufti Ismail ( Afrika Selatan ) menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah

Alhamdulillah pada Isnin 22 Julai  2013 Al-Fadhil Mufti Ismail dari ( Afrika Selatan ) telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah




Mufti Ismail berada di dalam rihlah beliau untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil Mufti bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Thailand .

Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak murid beliau di Malaysia selama beberapa hari.Selama beberapa hari beliau telah menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di Selangor.

Seterusnya beliau telah datang ke Melaka untuk menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Mufti Ismail.


Sesampainya Mufti Ismail beliau di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.Kemudian Al Fadhil Mufti telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.

Selepas itu beliau telah di bawa ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Mufti semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.