20 December, 2012

Takwim Darul Ulum 2013


Al Fadhil Syeikh Toha menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah

Alhamdulillah pada 11 Disember 2012 Al-Fadhil Syeikh Toha Karan As-Syafie Al-Afriqi telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah.





Syeikh Toha berada di dalam rihlah beliau untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil Syeikh bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Australia yang di asaskan oleh anak murid beliau.Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak murid beliau di Malaysia selama 5 hari.

Selama beberapa hari beliau telah menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di Selangor.

Pada hari terakhir beliau telah datang ke Melaka untuk menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Syeikh Toha.




Sesampainya Syeikh Toha beliau di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.



Kemudian Al Fadhil Syeikh telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.



Setelah makan tengahari hari beliau telah di bawa ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.

InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Syeikh semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.

15 December, 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



1.) Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lel
aki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Di nasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA ..

14 December, 2012

Kisah Benar : Perompak menjadi Wali Allah




Lokasi kegemarannya ialah antara Abyurd dan Sarkhas.  Dia melaksanakan tugasannya merompak harta orang ramai yang melintasi jalan itu.  Di sebalik kerjayanya sebagai perompak, si lelaki menyintai seorang gadis.
Pada suatu hari, si perompak ini memanjat dinding rumah si gadis untuk menemuinya.  Tiba-tiba dia terdengar suara membaca ayat al-Quran yang berbunyi,


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.”
Al-Hadid : 16


Tatkala mendengarnya beliau berkata, “Benar ya Rabb, inilah saatnya.” Lalu dia kembali dan mencari tempat untuk menginap di celah runtuhan bangunan.  Semasa berada di sana, dia mendapati serombongan orang melewati jalan itu. Sebahagian dari mereka berkata, “Mari terus berjalan.” Sebahagian yang lain pula berkata, “Tunggulah hingga pagi kerana Fudhail berada di sekitar sini dan dia akan merompak kita.”
Si perompak itu berkata, “Maka aku pun berfikir dan berkata, ‘Aku menghabiskan malam dengan berbuat maksiat sehingga ada sekelompok kaum muslimin di sini takut kepadaku.  Aku berfikir bahawa tidaklah Allah membawaku ke sini kecuali untuk mengambil pelajaran (agar menghentikan perbuatan tersebut). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu. Dan menjadikan taubatku dengan berdiam (tinggal) di Baitul Haram (Makkah).”
Si Perompak yang bertaubat itu akhirnya menjadi ulama salafus soleh terkemuka di zamannya.  Dialah Imam Fudhail bin ‘Iyadh.

Ya Rabb… Irhamna waghfirlana.

Jumaat Mubarak


Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat se
perti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


12 December, 2012

Nasihat Ibnu Qayyim


~Dalam hati manusia ada kekusutan & tak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH... ~

~Dalam hati manusia ada keganasan & tak akan hilang kecuali berjinak dengan ALLAH...~ 

~Dalam hati manusia ada kesedihan & tak akan hilang kecuali mengenali ALLAH..~

~Dalam hati manusia ada kegelisahan & tak akan tenang kecuali berlindung,bertemu& berjumpa denganNYA...~

05 December, 2012

Indahnya menutup aurat! ^^


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)

04 December, 2012

DUAI + peserta Kem Smart Huffaz ber" CAMPING" di Pantai Pengkalan Balak , Melaka

Pada 4 Hb Disember , seramai lebih 80 orang pelajar termasuk 50 peserta Kem Smart Huffaz Fasa 1 bersama 8 orang ustaz bertolak ke Pantai Pengkalan Balak , Melaka sebagai salah satu program wajib Madrasah Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah setiap bulan . 

Pelbagai program diadakan sepanjang berada di Pantai Pengkalan Balak ini . Camping kami berakhir pada 5 Dis 2012 pada jam 2 petang dan terus pulang ke Madrasah Darul Ulum Al-Islamiyyah bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu .

 Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama penuh sepanjang kami berada di sana .






02 December, 2012

Petua Imam Syafie


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

kalaulah dosa itu di zahirkan ...


"kalaulah dosa itu dizahirkan Allah menerusi jerawat yang tumbuh diwajah.. satu dosa, satu jerawat.. pasti kita akan bersungguh-sungguh meninggalkan dosa bukan.. dan membeli bermacam2 produk kecantikan agar wajah kelihatan cantik berseri..?


tapi Allah jadikan dosa dan pahala itu suatu yang tidak nampak... tapi sedar tak bahawa ianya dapat dirasai oleh kita... iaitu iman yang duduk nun dalam lubuk hati kita tu..."

"Malulah kita sebab Allah terlalu kasih dan sayangkan kita.. sedangkan kita tidak membalas kasih sayang itu sewajarnya.."


Kata - kata hikmat Salahuddin Al - Ayyubi


Kitab yang payah nak di khatamkan ??


Majalah UJANG, habis dibaca,
Majalah MANGGA,habis dibaca,
Majalah KLIK,habis dibaca,
Majalah itu majalah ini semuanya senang di KHATAMkan,
Tapi satu KITAB ramai yang payah nak diKHATAMKAN iaitu AL-QURAN. 

---> Janganlah MALU untuk bertaubat kerana SELALU berbuat DOSA,

tapi MALUlah untuk berbuat DOSA kerana BANYAK kali sudah BRTAUBAT... 

ALLAHURABBI...

(^^ ,)

Asy-Syahid


Subhanallah,

Asy-Syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.

Beliau syahid 16 tahun yang lalu. 
Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.

Subhanallah  ! Allahuakbar !

Sumber gambar:
Suwar Min Ghazza

29 November, 2012

Pelan Pembangunan Darul Ulum Fasa 2

TAPAK PEMBANGUNAN DI BANDAR MELAKA

RUANG SOLAT DAN MAKAN



ASRAMA DAN TANDAS



KELAS TAHFIZ AL-QURAN

RUMAH STAFF




Proposed BQ

A. Semi D Staff ( 2 blocks @ 4 units )   :   398,750.00
B. Dormitories & Toilets ( 2 blocks )    :    353,600.00
C. Classroom ( 2 blocks @ 6 classes )   :   282,125.00
D. Surau & Dining ( 1 block )                    : 138,125.00
E. External Works Within Lot Boundary : 362,00.00

Grand Total : RM 1,534,600.00


Fadhilat Bersedekah

Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja dijanjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda

malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang.

Makanya, suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang bersedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati)

 ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini :

“…..Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh,”

~ Surah Al-Munafiqun Ayat 10 ~

27 November, 2012

Kem Smart Huffaz Fasa 1


Kem Smart Huffaz Darul Ulum Al-Islamiyyah Fasa 1 kini sedang dijalankan dan jumlah peserta yang menyertai adalah seramai 57 orang .

Berikutan permintaan ramai , pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah membuka permohonan untuk Kem Smart Huffaz Fasa Ke-2 yang akan bermula pada 08/12/2012 sehingga 20/12/2012 ( 2 Minggu ) . 

Lokasi Kem Smart Huffaz Fasa Ke-2 :

Pelajar Lelaki : Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah, Masjid Balai Panjang , Melaka


Pelajar Perempuan : Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah, Jalan Bukit Bayan , Bukit Katil , Melaka

Had Umur :
8 Tahun hingga 15 Tahun

Yuran : RM200 sepanjang program Kem Smart Huffaz Fasa Ke-2 ( termasuk makan , minum , asrama )

* Tiada yuran tambahan dikenakan .

Sebarang pertanyaan / pendaftaran bolehlah hubungi :


Bahagian Tahfiz Lelaki : Ustaz Khairul Budi di talian 012-7729291 , 014-2100963
Bahagian Tahfiz Perempuan : Puan Hajjah Sajahan 012-9421933


15 November, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434 H


Assalamu'alaikum.Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islamiyyah  ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua muslimin & muslimat seluruh dunia. Bersama-samalah berhijrah, untuk masa hadapan ummah yang cemerlang. inshAllah ^_^

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatny
a di sisi Allah. Mereka itulah yang mendapat kemenangan. (At-Taubah: 20).


13 November, 2012

Checklist Kem


BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA :


Bil.

Keperluan

Semak

  1.

Senaskhah Al-Quran / Iqra’

ü   

  2.

Alatan bersuci / mandi

ü   

  3.

*Pakaian untuk 2 minggu

ü   

  4.

Pakaian riadah / sukan

ü   

  5.

Bantal & selimut

ü   

  6.

Ubatan ( jika perlu )

ü   

  7.

Alat Tulis

ü   

8.

Makanan & minuman ringan (milo/biskut dll )

ü   

*PAKAIAN :
- Jubah putih / berwarna, kain pelikat , kopiah , serban(jika ada), Baju melayu (sebarang warna), T-shirt,seluar untuk 2 minggu, pakaian sukan,kasut sukan, selipar

**PERINGATAN

TIDAK DI BENARKAN :  
  1. Pakaian tidak sopan
  2. Novel, komik, majalah dll
  3. Handphone, radio, laptop, peralatan elektronik
  4. Alat permainan yang melalaikan
  5. Makanan ringan (MAGGI,keropok,jajan dll)  kecuali biskut,roti,kismis dan makanan yang berkhasiat.
  6. Peserta tidak di benarkan menyimpan duit.Semua duit belanja harus di beri pada ustaz untuk di simpan.

Modul Hafazan

MODUL HAFAZAN

Modul 1
  • Kaedah menghafal
  • Asas Ilmu Tajwid
  • Menghafal surah pendek ( Juz Amma )


Modul 2
  • Kaedah menghafal
  • Asas Ilmu Tajwid 2
  • Menghafal surah pilihan ( Surah Yassin, Sajadah, Al-Waqiah, Ar-Rahman )


Modul 3
  • Kaedah menghafal
  • Asas Ilmu Tajwid 3
  • Menghafal juzu’ pilihan ( Surah Al-Baqarah ) 


SUBJEK BAGI LDK

  • Rukun Islam & Rukun Iman
  • Tauhid Uluhiyyah & Rububiyah
  • Sifat 20 & 99 nama Allah
  • Hukum-hukum Ibadat
  • Bersuci & Berwudhu
  • Mandi Wajib & Sunat
  • Praktikal penyembelihan
  • Ibadat Solat
  • Wirid & tahlil
  • Doa-doa pilihan
  • Adab-adab dalam Islam
  • Adab makan & minum
  • Adab menziarahi pesakit
  • Adab & hak terhadap Ibu bapa
  • Adab sesame sahabat.
  • Motivasi diri


** SUBJEK DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN



Tenaga-tenaga Pengajar Kem Smart Huffaz '12

  1. Ustaz Muhammad Khairul Budi Al-Tenqiry    Darul Ulum Cape Town S.A
  2. Ustaz Abu Dzar Al-Ghiffary                        Darul Ulum Cape Town S.A
  3. Ustaz Tirmizi Sulaiman                             Darul Ulum Cape Town  S.A 
  4. Ustaz Muhammad Faizal                           Darul Ulum Johannesburg S.A 
  5. Ustaz Mustaqim Razali                             Darul Quran JAKIM      
  6. Ustaz Affendi Bahrain                              Al Azhar Mesir
  7. Ustaz Yusri                                            Al-Azhar Mesir
  8. Ustaz Harith Munandar                            Inst Islam Indonesia
  9. Ustaz Farouk Ramdani                             Inst islam Indonesia
  10. Ustaz Amran Yunos                                 Duai Melaka
  11. Ustaz Syamsul Bukhari Al-Aydrus               Duai Melaka

TENTATIF KEM SMART HUFFAZ Fasa 1 ‘12


Sabtu  24/11/12

9.00    -   11.30 am: Pendaftaran peserta

11.30  -   12.30 am: Taklimat ringkas

12.30  -   1.00 pm  : Penyerahan anak

1.00    -   2.00 pm  :  Solat Zuhur & makan tengahari   

2.00    -   3.00 pm  :  Ice Breaking & Pembahagian kumpulan 

3.00    -   4.00 pm  :  Pengenalan Smart Huffaz

4.00    -   5.00 pm  : Solat Asar & Tazkirah petang

5.00    -   6.30 pm  : Riadah & Khidmat diri & Makan malam

6.45    -   7.30 pm  : Zikir petang & Solat Maghrib & Bacaan Yassin berjemaah

7.30    -   8.30 pm  : Kelas Hafazan 1

8.30    -   8.45 pm  : Solat Isyak

8.45    -   10.00pm : Latihan Dalam Kumpulan ( LDK1 )

10.00  -  10.30pm   : Minum malam

10.20pm                : Muzakarah adab tidur

10.30pm                :  Tutup lampu asrama & tidur



AHAD – AHAD   ( 25/11/12 – 02/12/12 )   
+  RABU-JUMAAT  ( 5 ,6 , 7/12/12 )

4.30am         : Bangun tidur / Kendiri

5.00am         : Qiyamullail (Praktikal Tahfiz dan solat tahajud / witir)

6.00am         : Solat Subuh berjemaah / bacaan yassin berjemaah.

6.15am         :  Kelas Hafazan 1 ( Hafalan baru )  

7.30am         :  Rehat / sarapan pagi / Kendiri

8.30am          :  Senaman pagi

8.45am          : Kelas hafazan 2 (Melancarkan hafalan )

9.15am          : Kelas tajwid

9.45am          : Solat Dhuha

10.00am        : Minum pagi

10.30am        : LDK  1  ( Tajuk : Smart Solat )

11.30am        : Akademi bakat

12.30am        :  Rehat

1.00pm          :  Solat Zuhur & Makan Tengahari

2:00pm          : Kelas Hafazan 3 ( Melancarkan hafalan )

3.00pm          : LDK  2  ( Tajuk : Uji Minda )  * berlainan tajuk setiap hari

4.00pm          : Solat Asar & Tazkirah petang

4.30pm          : Riadah / Kendiri

6.30pm          : Makan malam

6.45pm          : Zikir petang & solat maghrib & bacaan yassin berjemaah

7.30pm          : Kelas hafazan 4 ( hafalan baru )

8.30pm          : Solat Isyak

8.45pm          : Latihan menulis hafalan  (ayat-ayat Al-Quran )

9.15pm          : LDK  3  ( Adab & Sunnah )

10.00pm        : Minum malam

10.30pm        : Muzakarah adab tidur & tidur


ISNIN  03/12/12

4.30am         : Bangun tidur / Kendiri

5.00am         : Qiyamullail (Praktikal Tahfiz dan solat tahajud / witir)

6.00am         : Solat Subuh berjemaah / bacaan yassin berjemaah.

6.15am         :  Kelas Hafazan 1 ( Hafalan baru )  

7.30am         :  Rehat / sarapan pagi / Kendiri

8.30am          :  Bertolak ke Pantai Pengkalan Balak

10.30am        : Aktiviti pantai & bebas ( di bawah pengawasan 10 org Ustaz )

12.30pm        : Check in chalet + Solat Zuhur + Makan Tengahari

2.00pm          : Kelas Hafazan

2.45pm          : Aktiviti kumpulan

4.00pm          : Solat Asar + Tazkirah harian

5.00pm          : Aktiviti pantai ( bola sepak pantai + bola tampar pantai etc )

6.30pm          :  Makan malam

6.45pm          :  Solat maghrib + Yassin berjemaah

7.30pm          : Kuiz minda

8.30pm          : Solat Isyak

8.45pm          : Aktiviti kumpulan di pantai

10.45pm        : Minum malam

11.00pm        : Tidur

SELASA  04/12/12

5.45am          : Solat Subuh + Yassin berjemaah

6.30am          :  Kelas Hafazan

7.30am          :  Jogging + Senaman pantai

8.00am          :   Sarapan pagi

8.30am          :   Aktiviti pantai

12.00pm        :  Kendiri + makan tengahari + Solat Zohor

2.00pm          :   Pulang ke KEM DUAI


SABTU  08 / 12 / 12

4.30am         : Bangun tidur / Kendiri

5.00am         : Qiyamullail (Praktikal Tahfiz dan solat tahajud / witir)

6.00am         : Solat Subuh berjemaah / bacaan yassin berjemaah.

6.30am         :  Rehat / sarapan pagi / Kendiri

8.00am          :  Senaman pagi

8.45am          : Persediaan Majlis Penutup Kem

9.00am          : Ucapan pembukaan majlis + Bacaan doa

9.15am          : Bacaan Qiraat oleh pelajar DUAI

9.25am          : Persembahan nasyid pelajar

9.40am          : Persembahan teater Islamic pelajar

10.00am        : Ucapan penutup oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Faizal

                          ( Tajuk :  Cintai Al-Quran & Sayangi As-Sunnah  )

10.30am        : Penyerahan sijil + penyampaian hadiah

12.00pm        :  Majlis bersurai.

** JADUAL DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

** PERKHEMAHAN DI PANTAI TERTAKLUK KEPADA KEADAAN CUACA.