20 December, 2012

Al Fadhil Syeikh Toha menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah

Alhamdulillah pada 11 Disember 2012 Al-Fadhil Syeikh Toha Karan As-Syafie Al-Afriqi telah menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah.





Syeikh Toha berada di dalam rihlah beliau untuk menziarahi anak-anak murid beliau di bumi Allah.Perjalanan Al-Fadhil Syeikh bermula dengan menziarahi Pusat Pengajian di Australia yang di asaskan oleh anak murid beliau.Kemudian beliau telah menziarahi anak-anak murid beliau di Malaysia selama 5 hari.

Selama beberapa hari beliau telah menziarahi pusat-pusat pengajian yang di asaskan oleh anak-anak murid beliau di Selangor.

Pada hari terakhir beliau telah datang ke Melaka untuk menziarahi Darul Ulum Al-Islamiyyah yang di asaskan oleh Ustaz Muhammad Khairul Budi yang merupakan anak murid kepada Al Fadhil Syeikh Toha.




Sesampainya Syeikh Toha beliau di alu-alukan oleh para pelajar dengan Selawat Diba'i.



Kemudian Al Fadhil Syeikh telah memberi nasihat yang amat-amat berharga kepada para pelajar Darul Ulum.



Setelah makan tengahari hari beliau telah di bawa ke Pulau gadong yang terletak di Bandar Melaka untuk menziarahi tanah tapak pembinaan Darul Ulum fasa ke 2.

InsyaAllah dengan keberkatan doa Al Fadhil Syeikh semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan Darul Ulum. Aminn Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment