26 October, 2012

Wahai Penghafaz Quran





:: An-Nida' ::

يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ

Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi kamu dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ

Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari kamu mati, bahawa kamu akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ

Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.

25 October, 2012

Penyembelihan Nabi Ismail AS


Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

24 October, 2012

Masjid Namirah


Dalam gambar : Jemaah haji sedang menunaikan solat zohor di Masjid Namirah , sebuah masjid yang terletak di padang Arafah

Salam 8 Zulhijjah 1433H ..

Pada esok hari , insyaAllah semua jemaah haji akn berwukuf di padang Arafah


Jadi kita yang tak dapat tunaikan haji tahun ini disunatkan puasa Arafah pada esok hari .

Amat-amat rugi bagi sesiapa yang tak puasa sunat esok hari.

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Niat puasa sunat Arafah boleh diniatkan pada malam ini. Niatnya :
" sahaja aku puasa sunat Arafah pada esok hari kerana Allah Taala "

Selamat beramal ! Semoga kita semua beroleh pahala dan pengampunan dosa dari Allah ...

Hala Tuju Seorang Al-Hafiz



PERTAMA :      Bidang Profesional 


--> Nak anak jadi professional umpamanya doctor,engineer,akauntan,arkitek etc ( tetapi dalam masa yang sama telah hafal 30 juzuk Al-Quran) ?


KEDUA      :  Bidang Agama


--> Nak anak jadi ustaz,qari,alim ulama ?



PERTAMA : BIDANG PROFESIONAL




Senario 1 :  

Masuk tahfiz seawal 8thn. setelah 4 tahun berjaya hafal 30juzuk Al-Quran. Pada umur 13thn boleh menyambung semula persekolahan ke tingkatan 1. Tiada masalah jika nak ke sekolah kerajaan.sehinggalah seterusnya SPM – DEGREE – MASTER – PHD

Senario 2  :

Masuk tahfiz umur 13thn.Pada umur 16thn  dah jadi Hafiz Al-Quran. Pada umur 17thn masuk sekolah semula untuk ambil SPM sehinggalah seterusnya  SPM – DEGREE – MASTER – PHD
Terdapat berbagai tempat pengajian yang tawarkan pelajar yang Hafiz Al-Quran khusus untuk ambil SPM  contohnya UNISEL , KUIN etc

Soalan  :  

 1.  Boleh bawa ke ? Dah 4 tahun tak pergi sekolah, hanya menghafal Al-Quran sahaja ?

Jawapan  : InsyaAllah jika pelajar tersebut mampu hafal 30Juzuk Al –Quran tidak menjadi masalah dan berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar sebelum ini,jika belajar bersungguh-sungguh tiada yang mustahil untuk berjaya SPM dan seterusnya.

2.  Anak saya tak ambil UPSR dan PMR, boleh ke ambil SPM ?

Jawapan  :  Boleh, tiada syarat yang di keluarkan Kementerian Pelajaran jika tidak ada UPSR dan PMR pelajar tersebut tidak boleh ambil SPM.

3. Boleh ke anak saya jaga akhlak (culture shock) bila masuk sekolah biasa kembali ?

Jawapan  :  Selama 4 tahun di pusat tahfiz pelajar telah dididik akhlak mereka secara intensif.insyaAllah tidak menjadi masalah.tetapi masih perlukan pantauan ibu bapa.

4. Bagaimana jika saya nak hantar anak saya ke sekolah tahfiz yang ada akademik ? Apa beza Tahfiz yang ada akademik dengan tahfiz yang fokus sepenuhnya kepada Al-Quran ?

Jawapan : Boleh, tidak menjadi masalah, malah banyak sekolah kerajaan dan swasta yang tawarkan program sebegitu.

Tetapi harus di ingat --  kebiasaannya hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang akan cemerlang akademik di samping dapat menghafal 30 Juzuk Al-Quran  ( sebab tu kebanyakan sekolah tahfiz akademik membuat tapisan pelajar, hanya ambil pelajar cemerlang sahaja contohnya 4A/5A

Pelajar kurang cemerlang ( below par) terpaksa buat pilihan samada cemerlang akademik atau cemerlang Al-Quran.


KEDUA : BIDANG AGAMA




 Senario 1  :

 Masuk tahfiz umur 8thn. Lepas 4thn jadi Hafiz.Umur 13thn masuk sekolah kembali dan ambil aliran agama,ambil SPM dan STAM ( Sijil Tinggi Agama). Jika cemerlang boleh apply untuk sambung ke Universiti Timur Tengah ( Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait ) etc.

Senario 2 :



Setelah jadi Hafiz berpeluang menyambung pelajaran kitab atau alim. Tempat yang menawarkan pengajian kitab / alim seperti  :  ( Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-pondok pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan.)

è Pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah juga menyediakan peluang biasiswa hanya kepada pelajar yang cemerlang dan terpilih untuk sambung pengajian ke luar negara.  Cth :  ( Mesir, Jordan , Yaman , Afrika Selatan ).

21 October, 2012

Ikhlas kerja = anak soleh


Jom kita renung-renungkan bersama kata-kata dibawah...

‎"Jika gaji kita RM 5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20,000, Allah SWT akan berikan beza RM 15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2,000, beza RM 3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. 

Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya

♥ Warna-Warna Kegemaran Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم ♥


Apakah warna-warna kegemaran Baginda Rasul    صلى الله عليه وسلم  ?

---> Annas bin Malik meriwayatkan 

“Warna yang paling disukai oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Rasulullah  صلى الله عليه وسلم pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran." 

--->Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata :

 “Yang amat disukai oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم ialah warna putih.” 

--->Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan:

 “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.” 

---> Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata:

 “Aku pernah melihat Rasulullah  صلى الله عليه وسلم memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…” 

--> Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya :

 “Pernah Rasulullah  صلى الله عليه وسلم berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.” 

---> Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata :

 “Pernah Rasulullah  صلى الله عليه وسلم keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.” 

---> Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat :

 “Rasulullah  صلى الله عليه وسلم menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

♥ Jom Kita Amal ツ ♥

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat.

اللهم صل على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم تسليما

17 October, 2012

Checklist Darul Ulum ( Perempuan )

Keperluan Pelajar :
  1. Baju kurung 4 helai
  2. Baju lengan panjang muslimah yang tidak bergmbar 2 helai
  3. Jubah hitam 2 helai , plain atau bercorak
  4. Tudung bulat hitam untuk outing sehelai. Tudung semasa kelas warna ungu cair 2 helai . Tudung 3 segi atau tudung wardinah 4  helai untuk di dalam asrama
  5. Telekung , cadar , sarung bantal , selimut , tuala mandi 2 helai
  6. Selipar tandas warna putih yang bertali biru
  7. Seluar panjang 4 helai
  8. Stoking hitam 2helai untuk outing
  9. Bantal dan tilam nipis atau comfoter
Keperluan Asas:
  1. Baldi / gayung,berus gigi /ubat gigi
  2. Sabun mandi , sabun basuh baju dan berus basuh baju
  3. Penyangkut baju
Keperluan kelas :

Untuk kelas hafazan :
  1. Sebuah buku tulis panjang dan berkulit tebal , 5 buah buku tulis biasa yang 80 mukasurat dan peralatan belajar
Untuk kelas Kitab :
  1. Sebuah buku tulis panjang dan berkulit tebal , 12 buah buku tulis biasa yang 80 mukasurat dan peralatan belajar
Barang larangan :
  1. Seluar jeans , pakaian bergambar , bertulisan , kemeja
  2. Novel , komik dll
  3. Handphone , laptop , radio , peralatan elektronik
  4. Alat permainan yang melalaikan
  5. Makanan ringan ( MAGGI , keropok , jajan , dll ) kecuali biskut , roti , kismis , dan makanan yang berkhasiat

12 October, 2012

Kem Smart Huffaz Fasa 1 (24 Nov - 8 Dec )

Bagi yang berminat sila smskan permohonan bersama alamat email ke pihak Darul Ulum Al-Islamiyyah 012-7729291 / 012-9421933.

1. Borang KEM  mesti diserahkan ke pihak Darul Ulum sebelum atau pada 15 November 2012

2. Peserta perlu mendaftarkan diri pada 24 november 2012 antara 8 am - 11.30 am.

3. Yuran RM200 perlu dibayar sebelum atau semasa pendaftaran.

4. Checklist keperluan peserta :

• Al-Quran / iqra', alat kebersihan diri (tuala mandi, sabun, berus gigi dll),
• 3 helai (jubah putih atau baju melayu),
• sepasang pakaian sukan, + kasut sukan 
• peralatan tidur (bantal, selimut dan alas tidur), 
• makanan & minuman ringan (milo, biskut dll).


5. Peserta Kem Hafazan tidak akan dibenarkan pulang bercuti sepanjang tempoh program. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk berjumpa dengan peserta hanya pada hari minggu.

6. Untuk maklumat lanjut sila call / sms ke 012-7729291 (ustaz), 012-9421933 (ustazah) atau email : darulislamiyyah@yahoo.com

7. Semoga dengan doa, usaha dan tawakal dari pihak ibu bapa akan membantu Darul Ulum dalam mendidik peserta kem ke arah

“PEMBENTUKAN INSAN BERTAQWA ”
'' Al - Quran di Cintai, As- Sunnah di Sayangi ''

12 Makanan Kegemaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم


1. Barli – Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan.

2. Kurma - Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah صلى الله عليه وسلم  sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.

7. Susu - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Makanan yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam

surah Al Mukminun ayat 52:  “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”

 Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru:

 “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? 
(HR. Muslim)

 Jom Kita Amal  

11 October, 2012

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. 

Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan.

 Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya.

 Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan saya dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Saya menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

07 October, 2012

Apabila mata IBU mu sudah TERTUTUP


“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…


SubhanAllah


Luangkan masa dengan sentiasa basahi lidah kita dengan zikrullah. :)

05 October, 2012

World Best Job Subhanallah.....♥


Firman Allah bermaksud:


"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". 

(Surah al-Najm: 39)

Subhanallah.....♥

Cara Sunnah Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم meminum air



Segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan kita umat kepada Insan Agung Muhammad صلى الله عليه وسلم  Ya Rasulallah, benarlah kehebatan akhlakmu serta jasa mendidik kami, hatta cara minum pun kau ajarkan kepada kami.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. mengajar kita adab-adab ketika minum:

1. Minum dengan tangan kanan


2. Sebelum minum lihat kedalam air


3. Minum sambil duduk


4. Minum Beberapa Kali Teguk


Rasulullah صلى الله عليه وسلم  tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Hadith diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, Baginda bersabda:


"Jangan kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak mulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai."


5. Ketika Minum Juga, Makruh Hukumnya Jika Kita Menghembuskan Nafas Di Dalam Gelas Atau Bekas Minuman


Kita dianjurkan menghembuskan nafas tiga kali di luar bekas minuman. Dalam hadits daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim, Anas bin Malik meriwayatkan:


"Rasulullah صلى الله عليه وسلم. minum dengan tiga nafas."


6. Baca Doa Sebelum dan Selepas Minum


Sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi:


"Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai."



Terjemahan: "Segala puji bagi Allah yang menjadikannya tawar dan sedap dengan kasih sayang-Nya, dan tidak menjadikannya masin kerana dosa-dosa kami."


7. Menjaga Kebersihan


Agama Islam agama yang memberi penekanan tentang aspek kebersihan. Makanan dan minuman perlu ditutup agar tidak terdedah kepada lalat dan serangga. Islam juga melarang kita membiarkan bekas air, tangki kita menyimpan air dalam keadaan tidak tertutup kerana akan terdedah kepada kotoran.


Jom kita amal  

♥ Jangan lupa share ye :) ♥ 

04 October, 2012

Sikap Optimis Rasulullah صلى الله عليه وسلم




Jumu'ah Mubarakah -

Kali ini saya mahu berkongsi kisah tentang "sikap OPTIMIS Rasulullah صلى الله عليه وسلم terhadap kemenangan Islam".
---------------------------------------------------

Dalam perjalanan hijrah ke Kota Madinah, Baginda telah dikejar oleh Suraqah bin Malik yang masih belum Islam ketika itu. Suraqah ini seorang yang pakar di dalam menunggang kuda & tidak pernah jatuh.

Namun di dalam percubaannya untuk membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم, beliau telah terjatuh dari kudanya sebanyak 3 kali. Suraqah yang pada awalnya mahu membunuh Baginda صلى الله عليه وسلم, akhirnya meminta keamanan daripada Baginda Nabi.

Tahukah apa yang ditawarkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم kepada Suraqah agar dibiarkan Baginda berhijrah?

Baginda Nabi menawarkan gelang Kisra milik Raja Parsi di mana Kerajaan Parsi ketika itu merupakan kerajaan paling besar. Padahal Baginda Nabi sedang diburu, akan tetapi telah menawarkan perkara yang sangat besar dengan penuh yakin.

Kenapa? Kerana Nabi صلى الله عليه وسلم sedang melakukan kerja² Islam & ISLAM PASTI MENANG, itulah janji Allah.

>>> Apa yang dapat kita belajar ialah "ISLAM PASTI MENANG". Teruskan BERDOA buat saudara² se-Islam kita di seluruh dunia yang sedang ditimpa musibah itu samada beroleh KEMENANGAN atau MATI SYAHID.
--------------------------------------------------

Sahabat, jangan pernah melepaskan peluang untuk bersalawat sebanyak mungkin pada hari Jumaat yang merupakan Penghulu Hari ツ.

Jom salawat ♫ salawat ♫ salawat (◕‿◕).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم