Segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan
kita umat kepada Insan Agung Muhammad صلى الله عليه وسلم Ya Rasulallah, benarlah kehebatan
akhlakmu serta jasa mendidik kami, hatta cara minum pun kau ajarkan kepada kami.
Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam
ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم., ahli
keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. mengajar kita adab-adab ketika minum:
1. Minum dengan tangan kanan
2. Sebelum minum lihat kedalam air
3. Minum sambil duduk
4. Minum Beberapa Kali Teguk
Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak menggalakkan seseorang
menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Hadith diriwayatkan Imam
At-Tirmidzi, Baginda bersabda:
"Jangan kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti
unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu
hendak mulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai."
5. Ketika Minum Juga, Makruh Hukumnya Jika Kita Menghembuskan
Nafas Di Dalam Gelas Atau Bekas Minuman
Kita dianjurkan menghembuskan nafas tiga kali di luar bekas
minuman. Dalam hadits daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim, Anas bin Malik
meriwayatkan:
"Rasulullah صلى الله عليه وسلم. minum dengan tiga nafas."
6. Baca Doa Sebelum dan Selepas Minum
Sebagaimana disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Tirmizi:
"Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan
puji Allah apabila kamu selesai."
Terjemahan: "Segala puji bagi Allah yang menjadikannya
tawar dan sedap dengan kasih sayang-Nya, dan tidak menjadikannya masin kerana
dosa-dosa kami."
7. Menjaga Kebersihan
Agama Islam agama yang memberi penekanan tentang aspek
kebersihan. Makanan dan minuman perlu ditutup agar tidak terdedah kepada lalat
dan serangga. Islam juga melarang kita membiarkan bekas air, tangki kita
menyimpan air dalam keadaan tidak tertutup kerana akan terdedah kepada kotoran.
Jom kita amal ツ
♥ Jangan lupa share ye :) ♥
No comments:
Post a Comment